Friday, July 8, 2011

Bersih 2.0

A Samad Said: Peludah Warna












Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Wednesday, June 1, 2011

Siapa Kata Tarif Naik Tak Membebankan

Kenaikan tetap membebankan

PARIT BUNTAR – Pas Parit Buntar membantah keras kenaikan mendadak tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus kerana membebankan rakyat.

Timbalan Yang Dipertua Pas Parit Buntar, Abdul Bahrain Desa berkata, rakyat bukan sahaja berdepan dengan kenaikan harga bil elektrik tetapi harga barangan juga akan naik akibat peningkatan kos elektrik dalam sektor perindustrian.

“Tidak mustahil, sektor perindustrian akan menaikkan harga barang keluaran bagi menampung tarif elektrik yang ditanggung.

“Kesan kenaikan ini kembali kepada rakyat sebagai pengguna kerana terpaksa membayar harga barangan yang meningkat,” katanya kepada Sinar Harian.

Bahrain berkata, kerajaan cuba memberi janji manis kepada rakyat kononnya kenaikan ini hanya memberi kesan kepada 25 peratus pengguna domestik yang menggunakan lebih daripada 300 kilowatt elektrik sebulan.

Sebaliknya, kata beliau, kenaikan itu memberi kesan kepada keseluruhannya terutama yang berpendapatan rendah.

Menurutnya, penduduk bandar menerima kesan kenaikan bil elektrik paling ketara kerana purata penggunaan elektrik sesebuah keluarga melebihi 300 kilowatt sebulan.

:Sementara itu, ahli jawatankuasa Pas Parit Buntar, Adnan Abd Rahman membidas tindakan kerajaan yang tidak mengekang kenaikan itu dengan menyemak semula pemberian subsidi kepada Penjana Tenaga Bebas (IPP).

“Subsidi untuk IPP yang patut dikurangkan bagi membolehkan TNB menjual elektrik kepada rakyat pada kadar berpatutan dan pada masa sama tidak terlalu bergantung kepada subsidi gas untuk mengekalkan tarif elektrik,” katanya

Adnan berkata, kerajaan sekali lagi meminta rakyat bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditampung kerajaan.

“Sebelum meminta rakyat menanggung semua kos subsidi, rakyat minta dua perkara dari kerajaan.

“Pertama kawal semua pembaziran, ketirisan dan kawal amalan rasuah yang begitu berleluasa.

“Kedua, kaji semula subsidi tinggi yang diberikan kepada sektor pengeluaran tenaga seperti IPP kerana kerajaan memberikan subsidi yang tinggi dan membebankan rakyat,” katanya.
(http://www.sinarharian.com.my/sh/perak/content/story9148231.asp)

Wednesday, February 16, 2011

Antara Pemikiran Tokoh Agama Dan Ahli Politik

Apa Kata Mereka... Ekoran laporan Gedung Maksiat Kelantan Runtuh
Dipetik dari Kosmo, 16 Februari 2011.

"Aktiviti pelacuran terjadi kerana kurang pegangan agama yang kukuh menyebabkan maruah diri tergadai serta menjatuhkan imej agama Islam sendiri"

DATUK NOH GADUT
Penasihat Majlis Agama Islam Johor

"Semua ini menunjukkan kekuasaan Allah. Berkat doa golongan ulama di negeri itu, tidak kira di mana sekalipun, segala perbuatan maksiat akan diketahui juga akhirnya"

DATUK MOHD. DAUD CHE NGAH
Pendakwah Bebas

"Lain kali jangan suka mendabik dada kononnya negeri Serambi Mekah bersih segala-galanya walhal segala macam maksiat ada. Jangan cakap tak serupa bikin"

DATUK SERI MUSTAPA MOHAMED
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan

Tuesday, February 8, 2011

Menyambut 'askar' yang pulang dari medan pertempuran.


SEPANG – Operasi menyelamat pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir menerusi Ops Piramid merupakan misi untuk kepentingan negara dan bukannya berasaskan pertimbangan politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan berbuat apa sahaja bagi menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir ekoran keadaan yang tidak menentu di negara itu.

“Kerajaan mengambil keputusan dalam apa jua keadaan kita akan melancarkan misi menyelamat pelajar-pelajar dan warga Malaysia.

“Misi ini untuk kepentingan negara. Tidak ada pertimbangan politik sama sekali dan tidak kira pertimbangan ideologi, asalkan mereka ini warga Malaysia, mereka mesti diselamatkan dengan kadar segera,” katanya.

Najib berkata demikian ketika menyambut kepulangan kumpulan pertama seramai 778 pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa keluar dari Mesir menerusi Ops Piramid melalui Jeddah, Arab Saudi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Monday, February 7, 2011

Ada Udang Sebalik Batu???

778 Pelajar, Rakyat Malaysia Selamat Tiba Di KLIA Pagi Ini Oleh IWAN SHU-ASWAD SHUAIB

SEPANG: Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Dua pesawat yang membawa kumpulan tersebut dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.

Mereka disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/2/7/mstar_berita/20110207101811&sec=mstar_berita

Otak Udang: Perlukah liputan yang begitu meluas dan sambutan perdana diberikan kepada pelajar-pelajar ini. Atau adakah ini antara agenda bagi mendapatkan sokongan pelajar-pelajar terhadap parti memerintah???

Tuesday, January 18, 2011

Inikah rakyat Malaysia?



KUALA LUMPUR: Seorang peguam, Ng Kian Nam pada Isnin memohon maaf ekoran aduannya berkaitan azan dari Masjid Al-Ikhlasiah di Kampung Kerinci di sini sehingga menimbulkan bantahan umat Islam.

Beliau menyifatkan terdapat 'salah faham' dalam isu berkenaan sehingga menimbulkan kemarahan penduduk Islam di kawasan terbabit.

“Saya meomohon maaf kepada seluruh muslim kerana salah faham yang saya timbulkan. Sebenarnya saya tak dapat bezakan antara azan dan kuliah Subuh,” katanya kepada pemberita di sini.

Katanya, dia telah tersalah anggap bahawa kuliah Subuh adalah azan sehingga menyebabkannya membuat aduan kepada Pejabat Perdana Menteri pada 20 disember tahun lalu.(mStar online)

Persoalannya: Dari mana asal-usul Ng Kian Nam? Sudah berapa lama Ng Kian Nam tinggal di Malaysia?? Tidak pernahkah dia mendengar laungan azan dimana-manapun seumur hidupnya?

Saturday, January 15, 2011

Cabaran Debat Ummi Hafilda 'Hanya Soal Nyamuk': Anwar

Sabtu Januari 15, 2011 (mStar online)

KEMAMAN: "Itu hanya soal nyamuk", kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas cabaran Ummi Hafilda Ali untuk berdebat dengannya berhubung kebenaran kes salah laku seks beliau.

Ummi Hafilda yang merupakan adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali pernah menjadi saksi penting kes liwat Anwar pada 1998.

Anwar berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai cabaran debat itu ketika ditemui pada majlis "Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS Ganti Umno" di Kampung Geliga, di sini, hari ini yang dirasmikan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai cabaran debat yang dibuat oleh Ummi Hafilda pada Khamis lepas itu, Anwar berkata beliau menyerahkan kepada Presiden PAS untuk menjawab isu berkenaan.

Abdul Hadi sebelum itu ketika ditanya berhubung kenyataan Ummi Hafilda yang mahu memfailkan saman berjumlah RM700 juta terhadap Anwar, Azmin, Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, peguam Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadapnya pada 1997, berkata: "Itu nyamuk saja yang dilepaskan, jadi biarlah nyamuk yang jawab".

Daripada jumlah RM700 juta itu, Ummi Hafilda berkata, saman terhadap Anwar berjumlah RM300 juta dibuat atas dakwaan salah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan dia ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Ummi Hafilda berkata, saman berjumlah RM200 juta terhadap Karpal, RM100 juta terhadap Wan Azizah dan RM100 juta lagi terhadap PAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Pusat. - BERNAMA

Friday, January 14, 2011

Tokek, Oh Tokek...!!!


Sebelum ini cicak tokek bukan reptilia yang dilindungi, tetapi setelah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyedari pemburuan tokek yang semakin berleluasa kerajaan telah meminda Akta Pemuliharaan Hidupan Liar bagi melindungi reptilia tersebut daripada mengalami kepupusaan.

Pendek Akal Atau Cari Publisiti???

Friday, January 22, 2010

Berapa Banyak Janji Daaah....

Najib jamin bumiputera dibantu

NEW DELHI 21 Jan. - Pelbagai agensi yang sebelum ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) masih mampu memainkan peranan untuk membantu usahawan bumiputera walaupun agensi-agensi berkenaan tidak lagi berada di bawah satu bumbung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, contoh adalah Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang masih diwujudkan dan diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui oleh salah seorang Naib Presiden UMNO.

"Saya percaya tanpa kewujudan kementerian (MECD) ini pun agenda melahirkan usahawan bumiputera masih boleh diteruskan," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan Persatuan Kontraktor Buku Malaysia supaya kerajaan mewujudkan semula MECD atau badan khas bagi membela nasib mereka yang kian tertekan.

Presidennya, Hasan Hamzah dilaporkan berkata, usahawan bumiputera khususnya dalam industri kecil dan sederhana (IKS) kini dalam keadaan getir selepas kementerian itu dibubarkan sembilan bulan lalu.

Perdana Menteri berkata, di samping agensi-agensi yang berkaitan terus diwujudkan di pelbagai kementerian kerajaan juga menubuhkan instrumen baru yang dikenali sebagai Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) yang ditugaskan untuk membangunkan usahawan dan syarikat bumiputera yang berpotensi.

"Kita tidak lupa agenda ini (membangunkan usahawan bumiputera) cuma ia disesuaikan dengan keadaan," katanya sambil mengharapkan struktur yang baru berfungsi lapan bulan itu berjalan seperti biasa.